Pages

Tuesday, December 25, 2012

Yahoo! Menawarkan Langganan Flickr Pro Percuma Selama Tiga Bulan





Salah satu cara bagaimana Yahoo! menjana pendapatan daripada Flickr adalah dengan menjual akaun Flickr Pro. Menariknya, bersempena dengan musim cuti kali ini, Yahoo! menawarkan langganan percuma selama tiga bulan untuk Flickr Pro bagi semua pengguna.

Dengan menggunakan Flickr Pro, pengguna boleh memuat-naik gambar dan video tanpa had ke Flickr, selain boleh ditempatkan di lebih 60 groups tanpa sebarang masalah.

Walaubagaimanapun, Yahoo! tetap menekankan yang mana jangan menyalah-guna platform mereka, dan mereka akan kekal memantau penggunaan akaun Flickr Pro para pengguna mereka.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan Flickr Pro hari ini sehingga 4 Januari kelak, dan menikmati langganan percuma selamat tiga bulan untuknya.


link asal

Punca Nik Aziz Cancel Nikahkan Apex Dan Leuniey



Punca Nik Aziz Cancel Nikahkan Apex Dan Leuniey



KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat membatalkan undangan sebagai
jurunikah kepada pasangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23,
dan Leuniey Natasha Nazri, 21, dijadualkan Jumaat ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari berkata,
tindakan itu disebabkan Nik Aziz perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan
Negeri bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dijadualkan pada hari sama.

Menurutnya, susulan mesyuarat itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas terpaksa
membatalkan semua programnya pada hari berkenaan termasuk kuliah Jumaat.

“Menteri Besar mendapat surat berhubung mesyuarat berkenaan dan disebabkan itu,
semua programnya pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan.

“Beliau meminta maaf tidak dapat memenuhi undangan keluarga pengantin kerana mesyuarat
 itu amat penting untuk pengampunan banduan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro,
semalam.

Mengikut jadual, pasangan itu akan dinikahkan di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan,
Tumpat, jam 10 pagi.

Tiga majlis resepsi akan diadakan dengan majlis persandingan pengantin perempuan di Hotel
Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember.

Resepsi di pihak Apek pula berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Cherang pada 5
Januari depan.

Pasangan itu turut memilih 13 Januari depan untuk mengadakan majlis resepsi ketiga.

Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan terbabit akan dinikahkan Nik Aziz apabila Menteri
Besar menyatakan persetujuannya selepas mendapat permohonan daripada keluarga Leuniey
dan Apek.

Sementara ibu Leuniey, Norlaila Abu Bakar, 40, berkata dia sudah dimaklumkan perkara itu
sejak minggu lalu lagi.

Katanya, pihak keluarga mendapatkan khidmat imam Masjid Taman SBJ untuk
menyempurnakan majlis akad nikah berkenaan.

“Kami dimaklumkan mengenai pembatalan undangan itu dan memahami kesibukan Menteri
Besar dan pernikahan anak saya dengan Apek akan dilakukan imam, Jumaat ini,” katanya.